Sekiranya anda tidak mahu memperbadankan syarikat, antara pilihan lain adalah mendaftar perkongsian liabiliti terhad (PLT). PLT ialah gabungan ciri-ciri syarikat sendirian berhad dan konsep tradisional syarikat perkongsian. Ini menjadikan ia pilihan yang bagus bagi usahawan profesional, syarikat “startup” dan PKS (terutamanya, JV, VC) yang ingin mendapatkan status liabiliti terhad dan dalam masa yang mempunyai rakan kongsi yang berbeza untuk pengurusan yang fleksibel.
Sekurang-kurangnya dua (2) rakan kongsi (sama ada individu atau badan korporat). Walau bagaimanapun, tiada sekatan ke atas bilangan maksimum rakan kongsi.
Perlu melantik pegawai pematuhan (sama ada salah seorang daripada rakan kongsi atau individu berkelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat di bawah Akta Syarikat 2016). Pegawai pematuhan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan menetap di Malaysia. .
Untuk mana-mana perniagaan yang sah bagi tujuan memperolehi keuntungan.
Dinasihatkan untuk mempunyai Perjanjian Perkongsian. Jika tidak, Akta PLT 2012 akan digunakan
RM 888 | SATU (1) KALI YURAN PROFESIONAL
+ RM 500 (Yuran Pendaftaran SSM)
PLT tidak diwajibkan untuk terbitkan saham tetapi sebaliknya, pemilikan setiap rakan kongsi dalam PLT diwakili oleh peruntukan unit perkongsian, yang dibuat mengikut sumbangan modal oleh setiap rakan kongsi dalam PLT. Tiada keperluan untuk mengemukakan penyata kewangan yang diaudit kepada SSM. Namun, segala rekod perakaunan dan rekod lain perlu disimpan untuk menjelaskan urus niaga dan kedudukan kewangan PLT. Tiada konsep pengarah dan pemegang saham; sebaliknya mereka dipanggil sebagai pegawai pematuhan dan rakan kongsi. Ketahui lebih banyak faedah PLT di sini.
Mana-mana individu atau badan korporat boleh menjadi rakan kongsi dalam PLT. Tiada had kepada bilangan maksimum rakan kongsi dalam PLT tetapi mesti ada sekurang-kurangnya 2 rakan kongsi pada setiap masa.
Jika rakan kongsi adalah individu, bahagian pendapatannya daripada PLT akan dikenakan cukai berdasarkan kadar cukai pendapatan peribadi. Jika rakan kongsi adalah sebuah syarikat korporat, bahagian pendapatannya daripada PLT akan dikenakan cukai pada kadar cukai korporat.
PLT hendaklah melantik salah seorang daripada rakan kongsi atau orang yang berkelayakan (seperti setiausaha syarikat) untuk menjadi pegawai pematuhan.
Tanggungjawab pegawai pematuhan termasuk mendaftarkan sebarang perubahan dalam butiran berdaftar PLT, menyimpan dan mengekalkan daftar dan rekod PLT, menasihati rakan kongsi untuk memastikan pematuhan undang-undang PLT dan menyerahkan pengisytiharan tahunan kepada Pendaftar.
Tidak, namun sangat disyorkan untuk memilikinya. Sekiranya tiada perjanjian perkongsian bertulis, Jadual Kedua Akta PLT 2012 hendaklah digunapakai.
Tidak, anda perlu melakukan penggulungan PLT secara sukarela dan selepas itu, perbadankan syarikat baharu.
By submitting this form, you confirm that you have read, agreed and consent to the collection and processing of all personal data you have provided in accordance with MISHU Privacy Policy and the data you have provided is accurate and correct.