fbpx

LESEN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Menubuhkan syarikat di Malaysia tidak bermaksud anda boleh terus memulakan perniagaan anda dengan segera. 

Bergantung pada jenis perniagaan anda, anda mungkin perlu mendapatkan lesen, persetujuan, permit, pendaftaran dan/atau kebenaran yang diperlukan daripada pihak berkuasa atau agensi kerajaan,badan berkanun atau kawal selia yang berkaitan sebelum anda dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. 

Tahukah Anda?

Terdapat lebih daripada 300 jenis lesen perniagaan di Malaysia dan kami boleh bantu anda untuk memohon lesen tersebut.  

Lesen Premis Perniagaan

Jika anda akan menjalankan perniagaan anda dari premis perniagaan, anda perlu memohon lesen premis perniagaan.

Lesen premis lebih dikenali sebagai lesen perdagangan

Berikut merupakan contoh-contoh lesen premis:

Jenis Lesen Premis Perniagaan

Terdapat pelbagai jenis lesen premis perniagaan/bisnes di Malaysia. Lesen premis perniagaan/bisnes yang diperlukan bergantung pada jenis bisnes anda. 

 

Untuk jenis-jenis aktiviti perniagaan/bisnes yang lebih kompleks, majlis perbandaran yang berkaitan akan membuat penilaian dan menentukan sama ada perniagaan tersebut berada di bawah kategori lesen yang berkaitan dengan tempat di mana permohonan dibuat. 

 

Sesetengah perniagaan juga perlu mendapatkan dokumen sokongan daripada kementerian dan/atau badan kerajaan lain yang berkaitan sebelum dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan lesen premis perniagaan. 

 

Perniagaan tertentu juga dikehendaki mendapatkan dokumen sokongan daripada kementerian yang berkenaan dan/atau badan kerajaan lain yang berkaitan sebelum dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan lesen premis perniagaan.

Berikut adalah beberapa lesen premis perniagaan yang biasa didapati di Malaysia.

Pejabat Urusan

Kedai Kasut

Kedai Bunga

Kedai Gunting Rambut

Kedai Makanan dan Minuman

Tempat Serahan Permohonan

Permohonan bagi mendapatkan lesen premis perniagaan hendaklah dibuat kepada majlis perbandaran berkaitan di mana lokasi premis anda berada. 

 

Untuk mengenalpasti majlis perbandaran yang berkuatkuasa ke atas premis anda, anda dinasihati untuk menyediakan salinan Cukai Taksiran/Pintu bagi premis anda yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran berkenaan. 

 

Meskipun alamat premis anda terletak di Kuala Lumpur, majlis perbandaran yang mengawal selia premis anda tidak semestinya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebaliknya, ia mungkin pihak berkuasa tempatan yang berlainan. 

Yuran yang perlu Dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Yuran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan untuk lesen premis perniagaan juga bergantung pada jenis perniagaan anda, dan untuk perniagaan tertentu, ia juga tertakluk kepada keluasan lantai premis.

Tempoh Lesen

Lazimnya, tempoh sah lesen perniagaan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan ialah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan permohonan/kelulusan pembaharuan. Lesen tersebut boleh diperbaharui setiap tahun dengan membayar yuran pembaharuan yang ditetapkan.

Lesen Iklan Papan Tanda Premis

Lesen Iklan Papan Tanda

Jika anda ingin mempamerkan papan tanda di premis anda, anda perlu mendapatkan lesen iklan papan tanda sebelum mempamerkan sebarang papan tanda. Kami biasanya menasihati pelanggan untuk memohon lesen iklan premis perniagaan dan papan tanda bersama-sama bagi menjimatkan kos. Perlu diingatkan bahawa sesetengah majlis perbandaran telah mewajibkan untuk memohon kedua-dua lesen iklan perniagaan dan papan tanda pada masa yang sama.

Syarat-syarat bagi Papan Tanda

Jenis perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas dalam Bahasa Melayu pada papan tanda, bersama-sama dengan nama syarikat dan nombor lesen perniagaan anda. 

 

Seterusnya, bagi mendapatkan kelulusan majlis perbandaran untuk penempatan papan tanda di premis anda, anda perlu pastikan papan tanda tersebut tidak dipasang di atas mana-mana struktur kaca, tingkap, atau menghalang sebarang pandangan atau laluan pejalan kaki. 

 

Sebarang visual berkaitan minuman beralkohol, rokok, dan gambar tidak sopan juga dilarang untuk dipamerkan di papan tanda. 

 

 

Berikut merupakan contoh papan tanda yang dibenarkan.

Proses dan Tempoh Tambahan

Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) yang hendak dipamerkan di papan tanda perlu mendapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tempoh kelulusan daripada DBP biasanya mengambil masa kira-kira satu (1) hingga tiga (3) hari.

Tempoh Sah Lesen

Lazimnya, tempoh sah lesen papan tanda yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan ialah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan permohonan/kelulusan pembaharuan. Lesen tersebut boleh diperbaharui setiap tahun dengan membayar yuran pembaharuan yang ditetapkan.

Dokumen yang kami perlukan daripada anda:

Setiap majlis perbandaran mempunyai syarat-syarat yang berbeza untuk dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan Lesen Iklan Premis & Papan Tanda Perniagaan. Berikut merupakan dokumen yang biasanya diperlukan untuk memohon Lesen Iklan Premis & Papan Tanda Perniagaan di Malaysia.

1. Satu (1) set lengkap dokumen SSM

Setiap majlis perbandaran mempunyai syarat-syarat yang berbeza untuk dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan Lesen Iklan Premis & Papan Tanda Perniagaan. Berikut merupakan dokumen yang biasanya diperlukan untuk memohon Lesen Iklan Premis & Papan Tanda Perniagaan di Malaysia. 

2. Perjanjian Jual Beli/ Perjanjian Sewaan

Anda perlu memberikan kami sama ada:

a. salinan perjanjian jual beli antara entiti perniagaan anda (sebagai pembeli premis) dan penjual; atau

b. salinan perjanjian sewaan antara entiti perniagaan anda (sebagai penyewa) dan tuan tanah.

3. Salinan kad pengenalan dan/atau gambar pasport pemohon

4. Salinan pelan susun atur pejabat anda

5. Gambar-gambar premis perniagaan

6. Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC)/ Sijil Perakuan Kelayakan (CF)

CCC/ CF ialah sijil yang mengesahkan bahawa sesebuah bangunan adalah selamat dan sesuai untuk diduduki dan telah dibina mengikut peruntukan di bawah undang-undang. Jika premis anda disewakan, salinan CCC boleh diperolehi daripada tuan tanah anda

7. Cukai Tanah dan Cukai Taksiran/ Pintu

Jika premis anda disewakan, salinan cukai tanah dan cukai taksiran/pintu boleh diperolehi daripada tuan tanah anda.

 

8. Salinan surat sokongan Bomba/Sijil Bomba

Untuk jenis premis tertentu, majlis perbandaran mungkin memerlukan surat sokongan atau Sijil Bomba Jabatan Bomba daripada dikemukakan semasa permohonan lesen premis perniagaan  

9. Gambar bahagian luar premis anda yang menunjukkan lokasi di mana papan tanda akan dipamerkan

10. Visual berwarna bagi papan tanda yang menunjukkan reka bentuk, warna dan ukuran fizikalnya

Dah sedia untuk proses lesen perniagaan anda? Ada sebarang soalan?

Isi borang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

Ada soalan? Hubungi kami.

    Apa khabar? Siapakah nama anda?


    Nombor telefon?


    E-mel


    Bagaimanakah kami dapat membantu anda? Kami sedia menempuh cabaran bersama anda!

    MISHU serves client from all over the world