Pemerbadanan Syarikat di Malaysia
Anda ada idea perniagaan dan sedia untuk menakluk dunia?
Langkah pertama ialah tubuhkan syarikat.
Dengan SETIAUSAHA, urusan penubuhan syarikat jadi lebih ringkas dan mudah. Hanya isi borang permohonan secara dalam talian, cipta akaun dan bayar. Anda boleh rileks dan biar kami uruskan untuk anda. Jika semua maklumat anda mencukupi, pendaftaran syarikat hanya mengambil masa 3-5 hari perniagaan. Sebagai permulaan, apa kata anda cuba perkhidmatan carian nama percuma kami?
Apa yang anda perlukan untuk menubuhkan syarikat?
Lihat senarai semak ringkas syarat-syarat minimum berikut.
1. Modal Berbayar Serendah RM1
Minimum RM1.00 sahaja untuk modal berbayar. Jika anda bukan warganegara Malaysia namun berhasrat untuk bekerja di Malaysia, anda mungkin memerlukan lebih daripada RM1.00 modal berbayar, bergantung pada keperluan dan situasi khusus anda. Hubungi kami untuk dapatkan satu (1) kali rundingan percuma.
Satu Pemegang Saham
Sekurang-kurangnya satu (1) pemegang saham bagi melanggan saham syarikat. Jika anda bukan warganegara Malaysia, anda boleh menjadi pemegang saham 100%. Namun, jika syarikat anda ingin beroperasi dalam industri tertentu yang memerlukan separuh pegangan saham tempatan, maka anda perlu mencari pemegang saham tempatan tambahan. Hubungi kami untuk dapatkan satu (1) kali rundingan percuma.
Seorang Pengarah
Minimum seorang (1) pengarah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan menetap di Malaysia. Jika anda bukan warganegara Malaysia dan tidak mempunyai alamat kediaman di Malaysia, anda perlu mencari pengarah tempatan tambahan bagi memenuhi keperluan undang-undang. Hubungi kami untuk dapatkan satu (1) kali rundingan percuma.
Pengarah TIDAK MUFLIS atau disabit kesalahan
Pengarah mestilah tidak diisytiharkan muflis dan tidak pernah disabitkan dan dipenjarakan selama tempoh 5 tahun lalu (kami menyediakan perkhidmatan pengarah penama tempatan dengan bayaran).
Satu Setiausaha Syarikat
Minimum seorang (1) setiausaha syarikat. Beliau mesti menjadi ahli salah satu badan profesional yang ditetapkan atau berlesen oleh SSM (kami menyediakan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dengan bayaran).
Alamat Berdaftar Di Malaysia
Mesti mempunyai alamat berdaftar di Malaysia. Amalan yang biasa dipraktikkan di Malaysia ialah menjadikan pejabat setiausaha sebagai pejabat berdaftar. (Ianya sebahagian daripada perkhidmatan setiausaha syarikat kami).
Pemerbadanan Syarikat
Harga telus, perkhidmatan komited.
RM 888 | SATU (1) KALI YURAN PROFESIONAL
+ RM 1,010 (Yuran Pendaftaran SSM)
Kami percaya pada ketelusan dan komited dalam membina hubungan jangka panjang dengan anda. Khidmat penubuhan kami adalah seperti yang berikut:
- Menyemak nama syarikat yang dicadangkan untuk ketersediaan nama
- Memberi penjelasan atau khidmat nasihat mengenai borang pendaftaran yang lengkap melalui telefon atau e-mel
- Menyediakan borang-borang pendaftaran yang diperlukan
- Memfailkan borang-borang pendaftaran dengan SSM
- Menyediakan resolusi dan minit mesyuarat Lembaga yang pertama
- Menyediakan resolusi bagi pembukaan akaun bank
- Menyediakan 3 set salinan ‘superform’ yang disahkan (Seksyen 14), notis pendaftaran bagi pemerbadanan (Seksyen 15), sijil pemerbadanan (Seksyen 17) dan pemberitahuan setiausaha syarikat pertama (Seksyen 58)
- Cop mohor syarikat
- Penghantaran “welcome kit” ke rumah/pejabat anda

Soalan Lazim
Soalan biasa ditanya
Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan syarikat?
Untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia, anda perlu mempunyai pengarah dan alamat tempatan. Modal berbayar minimum ialah RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu).
Bagaimana prosesnya?
Prosesnya mudah dan ringkas. Sebaik sahaja anda menyerahkan butiran dan dokumen pengenalan peribadi anda melalui borang pendaftaran dalam talian kami, anda hanya perlu bayar melalui portal pembayaran kami.
Sebaik sahaja kami menerima bayaran anda, kami akan sediakan segala dokumen yang diperlukan, menghantarnya kepada anda untuk tandatangan elektronik, dan menyerahkannya kepada SSM (pihak berkuasa pendaftaran syarikat). Setelah nombor pendaftaran syarikat dijana, syarikat anda dianggap telah berdaftar.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk permerbadankan syarikat?
Sekiranya segala dokumen tersedia, proses pemerbadanan syarikat biasanya mengambil masa kira-kira 3-5 hari perniagaan. Ia bergantung kepada butiran yang diberikan mencukupi dan jelas serta waktu perkhidmatan SSM.
Adakah saya memerlukan alamat perniagaan untuk syarikat saya?
Ya, semua syarikat di Malaysia mesti mempunyai alamat tempatan sebagai “alamat perniagaan“. Kami biasanya memberikan alamat pejabat kami sebagai alamat berdaftar anda tetapi anda perlu mempunyai alamat perniagaan anda sendiri. Namun, jika anda tidak mempunyai alamat untuk dimulakan, anda boleh menggunakan perkhidmatan alamat perniagaan kami sebagai langkah sementara.
Apakah itu cop mohor dan adakah syarikat memerlukannya?
Cop mohor syarikat biasanya digunapakai sebagai tandatangan syarikat untuk menandatangani segala dokumen undang-undang seperti perjanjian, sijil saham dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Seksyen 61(1) Akta Syarikat 2016 kini memperuntukkan bahawa tidak wajib untuk mempunyai cop mohor syarikat.
Berapakah bilangan maksimum pemegang saham dalam syarikat sendirian berhad?
Minimum satu (1) dan maksimum lima puluh (50) pemegang saham dalam syarikat sendirian berhad.
Bolehkah sesiapa menjadi pengarah syarikat?
Ya. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas (tempatan atau asing) boleh menjadi pengarah syarikat selagi beliau memenuhi syarat di bawah Akta Syarikat 2016. Ketahui lebih lanjut apakah kriteria lain untuk menjadi pengarah syarikat.
Apakah tanggungjawab seorang pengarah?
Secara amnya, para pengarah mestilah pada setiap masa menggunakan kuasa mereka untuk tujuan yang sepatutnya dan dengan niat yang murni demi kepentingan terbaik syarikat serta menjalankan tanggungjawab dengan amanah, tekun dan berkemahiran mengikut Seksyen 213 Akta Syarikat 2016. Walaupun pengarah diberikan kuasa pengurusan yang luas di bawah Akta Syarikat 2016, terdapat pelbagai undang-undang yang diperuntukkan untuk melindungi kepentingan syarikat daripada salah laku pengarah. Ketahui lebih lanjut di sini.
Apakah kelebihan terbesar menubuhkan syarikat?
Dalam syarikat, pemegang saham tidak terdedah kepada risiko dan liabiliti peribadi dan liabiliti mereka hanya terhad kepada bilangan saham yang dimiliki oleh mereka. Dalam erti kata lain, pemegang saham tidak bertanggungjawab ke atas sebarang hutang syarikat yang melebihi modal saham mereka dan pelaburan mereka dalam syarikat adalah terjamin dari segi kewangan.
Bolehkah pemegang saham memindahkan hak miliknya ke atas saham tersebut?
Ya. Pemegang saham sesebuah syarikat dibenarkan menjual atau memindahkan sahamnya kepada mana-mana orang pilihannya selagi bakal pembeli mampu membayar harga pembelian saham dan tertakluk kepada perlembagaan syarikat (jika ada) atau perjanjian pemegang saham sedia ada
Apakah kadar cukai sesebuah syarikat?
Kadar standard bagi cukai korporat ke atas pendapatan bercukai ialah 24%.
Bagi syarikat kecil dan sederhana (iaitu modal berbayar kurang daripada RM2.5 juta dan jualan tahunan kurang daripada RM50 juta), kadar cukai korporat ialah 17% pada RM 600,000 pertama, dengan bakinya dikenakan cukai pada kadar 24 %
Adakah wajib untuk menyediakan akaun bank korporat?
Ya. Semua syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dikehendaki menyediakan akaun bank, di mana modal saham minimum akan didepositkan bagi memformalkan proses penyediaan. Kami menyediakan proses pembukaan akaun bank.
Ada pertanyaan?
Isikan borang di bawah dan kami akan membantu anda secepat mungkin.
By submitting this form, you confirm that you have read, agreed and consent to the collection and processing of all personal data you have provided in accordance with MISHU Privacy Policy and the data you have provided is accurate and correct.